Atur Cara Kes Sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah
- Kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang individu (plaintif) untuk mendakwa orang lain (defendan) yang telah melanggar hak-haknya.
- Contoh-contoh kes sivil ialah pencerobohan, kegagalan membayar balik hutang atau menepati janji, fitnah, kecuaian dan tuntutan pampasan.
- Lazimnya, perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila pihak plaintif berjaya mendapat writ.
- Writ – dokumen rasmi yang digunakan oleh Hakim Besar untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah. Dalam writ, dinyatakan siapakah pihak plaintif dan pihak defendan.
- Sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri, keputusan mungkin dibuat tanpa kehadirannya.
- Pengesahan tuntutan oleh pihak plaintif terdapat dalam writ.
- Seterusnya, writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada peguamnya.
- Sekiranya kedua-dua cara tersebut tidak dapat dilaksanakan, writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
- Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan menghadirkan diri ke mahkamah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dia boleh memilih sama ada untuk menuntut perbicaraan atau tidak menuntut perbicaraan.
- Sekiranya pihak defendan menuntut perbicaraan, dia perlu menyakinkan mahkamah bahawa terdapat alasan belaan terdiri terhadap sesuatu tuntutan. Pihak defendan boleh juga membuat tuntutan balasan.
- Sekiranya pihak defendan tidak menuntut perbicaraan, pihak plaintif boleh menuntut keputusan segera daripada mahkamah.
- Setiap keputusan yang dibuat oleh hakim mestilah dipatuhi oleh pihak defendan. Jika didapati bersalah, hakim lazimnya juga memerintahkan pihak defendan membayar kos perbicaraan.
No comments:
Post a Comment