Saturday, January 26, 2008

Atur Cara Kes Sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah

  1. Kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang individu (plaintif) untuk mendakwa orang lain (defendan) yang telah melanggar hak-haknya.
  2. Contoh-contoh kes sivil ialah pencerobohan, kegagalan membayar balik hutang atau menepati janji, fitnah, kecuaian dan tuntutan pampasan.
  3. Lazimnya, perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila pihak plaintif berjaya mendapat writ.
  4. Writ – dokumen rasmi yang digunakan oleh Hakim Besar untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah. Dalam writ, dinyatakan siapakah pihak plaintif dan pihak defendan.
  5. Sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri, keputusan mungkin dibuat tanpa kehadirannya.
  6. Pengesahan tuntutan oleh pihak plaintif terdapat dalam writ.
  7. Seterusnya, writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada peguamnya.
  8. Sekiranya kedua-dua cara tersebut tidak dapat dilaksanakan, writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
  9. Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan menghadirkan diri ke mahkamah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dia boleh memilih sama ada untuk menuntut perbicaraan atau tidak menuntut perbicaraan.
  10. Sekiranya pihak defendan menuntut perbicaraan, dia perlu menyakinkan mahkamah bahawa terdapat alasan belaan terdiri terhadap sesuatu tuntutan. Pihak defendan boleh juga membuat tuntutan balasan.
  11. Sekiranya pihak defendan tidak menuntut perbicaraan, pihak plaintif boleh menuntut keputusan segera daripada mahkamah.
  12. Setiap keputusan yang dibuat oleh hakim mestilah dipatuhi oleh pihak defendan. Jika didapati bersalah, hakim lazimnya juga memerintahkan pihak defendan membayar kos perbicaraan.

No comments: