Saturday, January 26, 2008

Langkah-langkah Mencapai Perpaduan

1. Dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, iaitu melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.
2. Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanyadi antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
3. Antara usaha yang telah diambil:
(a) Rukun Negara (ideologi kebangsaan)
(b) Dasar ekonomi baru
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional
(h) Integrasi antara wilayah

No comments: