Saturday, January 26, 2008

Dasar Perindustrian Berat

Tujuan:

` mengurangkan pergantungan Malaysia pada negara-negara asing bagi bekalan alat jentera.
` mengembangkan industri sokongan.
` mengukuhkan ekonomi negara dalam jangka panjang.
` membekal peluang kepada pihak swasta bagi memainkan peranan cergas dalam pembangunan ekonomi negara..
` mencetuskan aktiviti perindustrian kecil dan sederhana sebagai penampung kepada industri berat.
` mengeluarkan barangan, bahan mentah dan peralatan perindustrian untuk keperluan negara.
` mempelbagaikan barang eksport negara bagi mengatasi halangan atau perlindungan negara-negara maju terhadap pengehadan barang negara kita.
` mewujudkan pekerja berkemahiran dalam bidang-bidang kejuruteraan dan bidang berkaitan.


Langkah-langkah:

> HICOM
(Perbadanan Industri Berat Malaysia/ Heavy Industry Corporation of Malaysia)
? mengenalpasti serta mengurus projek-projek perusahaan berat.
? membawa masuk teknologi yang sesuai dengan kehendak industri berat.
? menggalakkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.
? melahirkan tenaga/sumber pekerja yang terlatih untuk mengendalikan sektor ini.
> memberi galakan kredit, subsidi dan tarif kepada projek-projek industri berat.
> mengendalikan projek industri berat secara usahasama dengan rakan kongsi yang mempunyai teknologi yang diperlukan.
> penglibatan secara langsung oleh kerajaan dalam industri berat.
> menggunakan sumber tenaga pakar dari luar.
> mengembangkan industri berat yang sedia ada.
> kajian terhadap projek-projek yang sesuai dan bentuk pasaran antarabangsa dibuat demi mengurangkan kos pengeluaran dan boleh bersaing di pasaran dunia.


Pencapaian: ( dengan usahasama pelabur asing)

& pembuatan kereta penumpang, Proton Saga, oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON).
& Pengeluaran besi berongga dan billet keluli oleh kilang PERWAJA, Terengganu.
& Kilang simen yang dikendalikan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad.
& HICOM – Honda Manufacturing (M) Sendirian Berhad.

No comments: