Saturday, January 26, 2008

Rukun Negara

1. Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, merupakan ideologi kebangsaan negara kita bagi menimbulkan semangat dan identiti yang sama.
2. Prinsip-prinsip:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(c) Keluhuran Perlembagaan
(d) Kedaulatan Undang-undang
(e) Kesopanan dan Kesusilaan
3. Tujuan: mewujudkan negara yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif.
4. Maksud-maksud Prinsip Rukun Negara:
(I) Rakyat Malaysia mengakui bahawa kuasa Tuhan melebihi sebarang tenaga lain. Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama lain boleh dianuti rakyat. Secara umumnya, orang yang pegang kuat pada ajaran agama akan mempunyai peribadi dan sifat-sifat yang baik.
(II) YDPA ialah lambang perpaduan negara. Rakyat mesti taat setia kepada baginda dan negara. Kesetiaan dapat menyatupadukan rakyat.
(III) Rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan (undang-undang tertinggi).
(IV) Keadilan dalam masyarakat dijamin undang-undang.
(V) Rakyat Malaysia bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan baik.

No comments: