Saturday, January 26, 2008

Mahkamah Juvenil

1. Diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90).

2. Berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia (1949), Sabah (1972) dan Sarawak (1986).

3. Dikenali Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
4. - Seperti dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21), “kanak-kanak”
merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.

- “Juvana” – seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab
jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan
dan di bawah umur 18 tahun.

* Seksyen 82 Kanun Keseksaan: Perbuatan kanak-kanak yang berumur
kurang daripada 10 tahun.

Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10 – 18 tahun, di mana “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan “orang muda” kepada mereka yang berumur 14 – 18 tahun, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati.

5. Dalam mahkamah:
- perkataan “sabitan” dan “hukuman” tidak digunakan.
- tempat: Mahkamah Majistret.
- bersidang pada tempat/hari yang berlainan daripada persidangan
mahkamah lain.
- maklumat peribadi kanak-kanak (nama, gambar, tempat tinggal)
dilarang disiarkan/didedahkan oleh media.

6. Antara tindakan yang biasa diambil oleh Mahkamah Juvenil:
- Diberi amaran dan dilarang melakukan kesalahan
- Dibebaskan dengan ikat jamin
- Diletakkan di bawah jagaan saudara mara
- Dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atau Sekolah Henry-Gurney
sehinggan mencapai 21 tahun

7. Antara kuasa tindakan yang dikenakan terhadap kanak-kanak:
- Didenda
- Ibu bapa diperintah menyempurnakan bon menjaga kanak-kanak itu
- Dihantar ke Pusat Pemulihan

8. Tidak terbuka kepada orang ramai (melinbdungi pesalah daripada publisiti)

9. Pesalah budak-budak tidak akan dipenjarakan. Kesalahan tidak akan
dicatatkan.

10. Terdiri daripada:
- satu Majistret Kelas I
° Beliau mengendalikan perbicaraan dan membuat keputusan
dan dibantu
- dua penasihat/pengapit yang bukan merupakan ahli undang-undang
° Wilayah Persekutuan: dipilih oleh Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
° Negeri: dipilih oleh ketua negeri dari senarai nama
cadangan Kerajaan Negeri
° Salah seorang mestilah wanita

11. Mahkamah tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2002, Seksyen 97.

12. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh dibuat di Mahkamah Tinggi.

No comments: