Friday, January 25, 2008

Hubungan Malaysia dengan Britain dan Pendirian terhadap Komanwel (CHOGM)

1. Komanwel diasaskan oleh Queen Elizabeth pada tahun 1926, merupakan pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh Britain (kecuali Mozambique, bekas tanah jajahan Pertugis)

2. Sehingga kini, Komanwel dianggotai 53 negara di mana Malaysia (Tanah Melayu) menyertai selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

3. Matlamat dan Objektif:
# Memberi kemudahan dan faedah kepada negara-negara anggotanya
# Mengadakan kerjasama antara negara anggota dalam bidang politik ekonomi, alam sekitar dan sosial
# Memajukan negara anggota dan menyelesaikan masalah bersama yang sedia ada

4. Syarat-syarat keanggotaan:
# Bekas jajahan British (kecuali Mozambique)
# Bebas menyertai atau menarik diri daripada Komanwel
# Ratu Britain diakui sebagai Ketua Komanwel
# Negara anggota mempunyai kebebasan dan hak yang sama rata
# Tidak terikat oleh dasar Britain

5. Faktor Malaysia menyertai Komanwel:
# Keadaan darurat yang masih wujud di Persekutuan Tanah Melayu
# Harapan Singapura akan diserapkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu
# Khuatir akan ketidaktentuan dasar Presiden Sukarno, Indonesia

6. Beberapa buah negara telah keluar dari Komanwel:
# Amerika Syarikat (1961)
# Myanmmar (1948)
# Pakistan (1973) tetapi masuk semula pada tahun 1989

7. Komanwel mempunyai seketariatnya beribu pejabat di London. Seketariat Komanwel membantu negara anggota dalam pelbagai perkara seperti pengurusan hutang, membangunkan pasaran modal tempatan dan menyusun semuila struktur ekonomi.

8. Komanwel mengadakan mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (Commonwealth Heads of Government Meeting – CHOGM) dua tahun sekali.

9. Antara institusi Komanwel yang penting ialah:
# Bahagian Hal-Ehwal Ekonomi (EAD)
# Bahagian Bantuan Teknikal Am (GTA)
# Kumpulan Bantuan Teknikal (TAG)
# Tabung Ekuiti Komanwel

10. Tabung Ekuiti Komanwel ditubuhkan pada 1990 bertujuan membantu negara anggota yang memerlukan modal.

11. Melalui Komanwel, pelbagai aspek ditekankan. Sukan Komanwel diperkenalkan.


12. Komanwel menggunakan satu sistem diplomatik yang unik, Pesuruhjaya Tinggi. “Duta” digunakan untuk wakil Malaysia ke negara-negara bukan anggota Komanwel. “Konsul” merujuk kepada pegawai diplomatik di bawah Duta Malaysia yang ditugaskan untuk mewakilkan Malaysia di daerah atau negeri di negara asing.

13. Tujuan CHOGM:
# Membincangkan masalak-masalah negara anggota
# Membincangkan hal-ehwal dalam negara sesebuah negara dan sengketa antara negara anggota dengan keizinan negara-negara yang terlibat

14. Faedah-faedah yang dinikmati Malaysia daripada keanggotaan:
# Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya dimeterai dengan Britain
# Menikmati keistimewaan perdagangan dengan negara anggota yang lain
# Mendapat bantuan Rancangan Colombo dalam bidang teknik dan biasiswa

15. Rancangan Colombo:
# Bermula pada tahun 1950
# Memberi bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada negara=negara ahli yang kurang maju bagi melanjutkan pangajian tinggi di luar negara.
# Projek Malaysia yang dibiayai rancangan ini:
° Lebuh Raya Timur-Barat
° Beberapa jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak
° Beberapa buah institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak

16. Perkembangan Komanwel pada tahun 1970-an dan 1980-an menampakkan beberapa masalah. Dasar dikenakan pada negara Komanwel, Dasar Perdagangan, memihak kepada negara-negara maju. Hubungan Malaysia dengan Komanwel (Britain) menjadi renggang sejak 1982 apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik perjalanan pertubuhan Komanwel itu di samping tindakan ekonomi “ Buy British Last”. 1982-1984, malaysia tidak puas hati Komanwel kerana Kanada dan Britain enggan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan kerana Dasar Aparteid.

17. Malaysia aktif semula selepas CHOGM di Van couver, Kanada, 1987.

18. CHOGM 1989 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Komanwel (CFMM) 1991 diadakan di Kuala Lumpur. Malaysia menjadi tuan rumah SUKOM (1998) ke-16.

19. Dalam CHOGM 1989, isu-isu:
# Deklarasi Kuala Lumpur – (Dasar Aparteid, perdagangan, sosial dan sebagainya kecuali isu alam sekitar)
# Deklarasi Langkawi – (alam sekitar)
# Mengehadkan senjata nuklear dan senjata kimia
# Soal palestin dan Israel
# Isu Kemboja dan ZOPFAN
# Campur tangan Soviet Union di Afghanistan
# Masalah pelarian Vietnam
# Membanteras penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah

20. Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM) pada tahun 1996.

21. Pembabitan Persekutuan Tanah Melayu dalam Komanwel sebelum merdeka:
# Pembabitan tentera Komanwel (British dan Australia) dalam Perang Dunia II apabila Tanah Melayu diserang Jepun
# Pembabitan tentera Komanwel (British, New Zealand, Kanada) bagi menentang ancaman komunis, zaman Darurat (1948-60)
# Kerjasama dan khidmat pakar-pakar dari negara-negara Komanwel dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan

22. Sidang CHOGM 1991 Harare, Zimbabwe. Perisytiharan Harare berikrar:
# Mempertingkat pembangunan dan menghapuskan negara anggota
# Memperjuang hak asasi manusia dan kesamarataan bagi kaum wanita
# Melindungi alam sekitar
# Melindungi and mengembangkan prinsip-prinsip demokrasi
# Mewujudkan badan kehakiman yang bebas dan adil
# Mempergiat usaha-usaha membanteras pengedaran dadah

23. CHOGM 1995 (Auckland, New Zealand), Malaysia bersama 7 negara dipilih menganggotai Kumpulan Bertindak Komanwel Peringkat Menteri untuk menilai pelaksanaa dn amalan demokrasi dalam kalangan negara Komanwel.

24. Komanwel menjadikan Malaysia sebagai model dalam melaksanakan Tabung Penswastaan Baru Komanwel (CEPF).

25. Kejayaan Komanwel:
# Pulihkan keamanan Uganda (perang saudara)
# Bantu Zimbabwe capai kemerdekaan
# Kutuk Perancis tidak menghormati Perjanjian tentang Pengurangan Senjata Nuklear (NPT) – menjalankan ujian nuklear dii Pasifik Selatan 1996
# Kritik India dan Pakistan jalankan ujian nuklear (1998)

26. Pengisytiharan Komanwel:
# Pengisytiharkan Lusaka 1979 (rasisme dan diskriminasi perkauman)
# Deklarasi Goa 1983 (keselamatan antarabangsa)
# Pernyataan New Delhi (tindakan ekonomi bagi memperkukuh pembangunan di negara-negara membangun)
# Deklarasi Nassau 1985 (kerjasama antarabangsa)
# Deklarasi Vancouver 1987 (perdagangan dunia)
# Deklarasi Victoria Falls 1994 (hak-hak perikemanusiaan wanita)

27. Kejadian Mengenai Komanwel
# 2001 – CHOGM 2001 yang pada asalnya diadakan di Brisbane (Okt 6-9) dibatalkan selepas serangan 9/11. Persidangan ditunda ke Mac 2002 di Queensland

No comments: